Pengenalan

Portal MyDPA.org mula diperkenalkan pada Ogos 2017 yang dibangunkan sendiri oleh peserta Program Diploma Pengurusan Awam (DPA) INTAN tahun 2017 (Neowangsa). Ia merupakan portal yang dimuat naik dengan pelbagai maklumat berkenaan DPA termasuk direktori peserta, buletin program, modul-modul & aktiviti-aktiviti sepanjang DPA berlangsung. Ia antara lain bertujuan untuk menghimpun dan menyelaras penghasilan laman web untuk sesi-sesi akan datang dengan menggunakan satu nama MyDPA.org

Kini, inisiatif tersebut telah digalas oleh peserta program DPA INTAN tahun 2020 (Bitarawangsa) dalam memastikan kelestarian usaha tersebut.